Rabu, 15 Julai 2009

gelagat budak junior


lucu lah bile aku melihat gelagat-gelagat junior kolej aku n junior kos aku..yang lucu nya mereka berjalan bersama-sama pergi ke kelas, mereka makan bersama n mereka sama-sama naik bus..masa ni memanglah bersama tapi bile dah dekat hujung sem, masing-masing dah tunjuk belangnya.

teringat aku pada waktu muda-muda dulu di mana keadaan kami juga seperti itu. pada hari pertama kuliah, kelas pertama kat fakulti bahasa moden. masa 2 kami belum tahu kat mana letaknya fbmk. kami sepakat membuat keputusan untuk berjalan kaki pergi ke fbmk. berjalan lah kami bersama-sama...yang lucunya fbmk 2 sebenarnya x jauh sangat, tapi ketua kami bw kami menjelajah hutan belantara..lepas je pondok pak guard, ada 2 pendapat yang mengatakan kami harus jalan straight n adayang suruh belok.. tapi kene ikut pendapat budak laki kami pun berjalan menuju ke pp kerana mereka kata fpp dekat ngan fbmk..

habis kami redah, tapi x jumpa2 jgk fbmk lalu kami ternampak pondok pak guard yang lawa dkt ngan kebun rambutan. ada lah seorang yang volunteer nak tanya pak guard mana letaknya fbmk. nak thu apa yang pak guard bgtahu???pak guard kate"tuu........" jari telunjuknya menunjukkan bangunan di hadapan kami..masing-masing mengeluh kepenatan..apa yang x penatnye, semua hutan kami redah..

sampai kat fbmk, kelihatan beberapa orang coursemate kami berada di situ. kami lg lah terkejut sb mereka sampai awal sedangkan mereka lewat bangun..yang kami menyesal sangat 2, rupe2nye bus ke fbmk ada di sediakan...menangis x berlagu lah kami..tp pengalaman ni amatbeharga dalam hidup kami..

cerita pasal junior ni plak, ada sebahagiannya baik n x kurang juga yang berlgak..tp nasib baik lah junior kolej aku baik-baik belake..begitu juga ngan junior kos aku. semuanya cantik-cantik belaka.abang-abang senior semua duk menggatal dah. ada yang "adik asal mane", ada yang "kelas kat mane" n mcm2 lah gelagatnye nk menggatal pikat junior.yang x tahan tawanya ada yang sampai nk terjatuh berjalan bile tgk junior lawa.tp mmg lawa lah junior pbmp..

tapi aku hairanlah, dimana je aku pergi mesti ade yang ckp dialeknye berbunyi "kito nk g mano?".......ramai lah org kelantan kat u ni..geng2 aku pun ramai org negeri cik siti wan kembang..aku respect r org kelantan..

kepada semua junior welcome 2 u life...


Selasa, 14 Julai 2009

banyaknya birokrasi

susah betollah zaman sekarang...nak buat apa2 mesti kene ada birokrasi...
aku ni dah hampir seminggu terpaksa layan kerenah birokrasi...bkn kes apa pun...cume nk tempah class...mule2 aku ingatkan sng je...aku pun pergilah kat pegawai tadbir fakuliti aku...tapi x de clss kosong pada waktu yang kiteorg nak...lpas 2 terpaksa lah pergi kat bahagian akademik...setibanya di bahagian akademik, diorang plak suruh pegawai tadbir kita org yang uruskan sb ada x cukup syarat ISO...kat c2 aku dh bengang dah...aku pun pergilah kat fpp blik..mintak lectural buat surat...semuanya ok...aku g kat pejabat am fpp untuk setlekan hari 2 jgak tp kene isi borang plak...lpas 2 kene mintak pengesahan ketua jabatan...penolong pejabat ketua jabatan jnj nk serahkan borang 2 kat pembantu tadbir,tp ye x bg pon...aku gak kene pergi...nasib baik lah pegawai tadbir 2 hensem...kalu x, x thn aku nk ulang alik...6t org ingat aku nk glamor ..encik 2 plak jnj nk kol aku bgtahu kelas dapat ke x, tgu pny tgu dia x kol...sebagai seorang yang telah diberi tanggungjawab oleh bdk2 class, aku terpksa pergi balik...
susahnye hidup dengan karenah birokrasi..
kompleks btolll......
akhirnya berjaya jugak lah aku dapatkan class untuk bdk2 ni tp jgn marah ye wahai my classmate sb korang terpaksa bangun awal untuk ke ke class coz class kite start kul 8 pagi hingga 11 pagi....

masa depan

aku x pernah mengimpikan untuk menjadi seorang guru...
tapi aku ada cita-cita...cita-ota aku ialah ingin menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, agama, dan bangsa...
dulu aku seorang budak yang sangat nakal...
waktu sekolah aku selalu ponteng sekolah, x siapkan kerja sekolah, tipu kelurga dan banyak lagilah kerja jahat yang aku buat...
tapi bila dah meningkat remaja ni, aku mula sedar yang aku perlu buktikan kepada family aku yang aku akan berjaya seperti adik-beraik ku yang lain...
tp aku x sebijak mereka kerana aku masuk u pun dalam aliran sastera je...
diorang semua aliran sains...
tp, apa yang penting, aku juga boleh berjaya walau cuma hanya seorang guru bahasa..
dan impian aku insyaallah akan tercapai...amin